Harian Metro

Lelaki ‘gian’ curi motosikal dicekup

-

Miri: Seorang lelaki seakan-akan ‘gian’ untuk mencuri motosikal walaupun baru selesai menjalani bon berkelakua­n baik enam bulan lalu atas kesalahan sama sebelum sekali lagi ditahan polis di Kampung Pujut, Tanjung Batu, di sini, petang kelmarin.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan bersama rakan lelaki berusia 26 tahun jam 5 petang oleh sepasukan polis dari Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Menurut sumber, dua lelaki terbabit ditahan ketika menaiki sebuah motosikal Honda EX-5 di kawasan itu

dalam keadaan mencurigak­an. Sumber berkata, polis kemudian menahan suspek dan melakukan pemeriksaa­n serta mendapati motosikal berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini di bandaraya Miri.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati, seorang lelaki terbabit pernah ditahan polis sebelum ini kerana kesalahan curi motosikal pada 2015 dan dikenakan bon berkelakua­n baik oleh mahkamah.

“Malah, dia baru saja dibebaskan pada Februari lalu sebelum kembali terbabit semula dalam kegiatan sama,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai aktif dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah selain terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

“Suspek melakukan kegiatan jenayah itu kerana mahu mendapatka­n wang mudah dan mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahka­n tangkapan itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ?? SUSPEK dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
SUSPEK dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia