Harian Metro

Pemandu bas dipercayai curi jam tangan

-

Pemandu bas ditahan reman selepas dipercayai mencuri jam tangan milik Pegawai Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia di dalam sebuah bas yang membawa pemain Malaysia ke Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, malam kelmarin.

Sebelum kejadian itu, mangsa tidak sengaja meninggalk­an jam tangan di dalam bas dinaikinya.

Sebaik mangsa menyedari jam tangannya hilang, dia cuba mencari di dalam bas namun tidak menjumpai jam itu.

Laporan polis kemudian dibuat wanita berusia 40 tahun itu jam 10 malam pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati jam tangan mangsa diambil seorang lelaki yang juga pemandu bas.

“Ketika pemeriksaa­n, jam tangan mangsa dijumpai berada di dalam bas yang dipandu suspek,” katanya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia