Harian Metro

Dua pegawai bomba dibuang kerja

-

Dua pegawai bomba di Selangor dibuang kerja selepas didapati positif mengambil dadah serta ponteng ketika bertugas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, dua kes itu berlaku pada tahun ini membabitka­n Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor serta Bestari Jaya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan kakitangan jabatan itu yang terbabit dalam aktiviti tidak dibenarkan.

“Anggota dan pegawai yang melakukan kesalahan iaitu terbabit dalam penyalahgu­naan dadah dan ponteng ketika bertugas boleh diambil tindakan tatatertib atau dibuang kerja.

“Kita berharap kes ini menjadi pengajaran,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia