Harian Metro

Perkara bolehkan solat duduk

- Bab solat

Seseorang bersolat (fardu) dengan cara duduk kerana tidak mampu untuk berdiri. Ketika sedang membaca surah al-Fatihah, dia merasakan sudah boleh berdiri.

Bolehkah dia meneruskan bacaan al-Fatihahnya hingga akhir (dalam keadaan duduk) atau dia dikehendak­i supaya berdiri untuk menghabisk­an bacaan al-Fatihahnya, selepas itu diikuti dengan rukuk dan sujud?

Jika dia merasakan sudah boleh berdiri walaupun ketika sedang membaca al-Fatihah maka dia dikehendak­i supaya bangun berdiri untuk menghabisk­an bacaan al-Fatihahnya kerana yang menghalang­nya untuk berdiri sudah tidak ada lagi.

Seseorang mengerjaka­n solat secara berdiri. Ketika sedang membaca al-Fatihah, tiba-tiba dia merasakan tidak mampu lagi untuk berdiri lalu dia pun terus duduk.

Adakah dia dibolehkan meneruskan bacaan al-Fatihahnya ketika hendak duduk atau menyambung baki bacaan al-Fatihahnya selepas sempurna duduk?

Dia dikehendak­i supaya meneruskan bacaannya walaupun pada ketika bergerak hendak duduk kerana ini adalah lebih sempurna berbanding menyambung bacaannya selepas sempurna

duduknya.

Seseorang yang mengalami penyakit kencing tidak lawas jika dia solat secara berdiri, air kencingnya pasti akan mengalir keluar, tetapi jika sekiranya solat duduk, dia yakin air kencing tidak akan keluar.

Dalam keadaan sedemikian, adakah dia dimestikan supaya solat dalam keadaan berdiri atau dibolehkan dia solat secara duduk?

Memandangk­an jika dia solat secara berdiri akan mengalir keluar air kencingnya dan ini menyebabka­n solatnya tidak sah kerana kedatangan najis sedangkan dia mampu mengelakny­a iaitu dengan cara duduk, maka dia dikehendak­i supaya solat secara duduk.

Seseorang yang baru keluar dari bilik mandi selepas mandi dengan air panas mendapati kepalanya pening dan berpusing sehingga tidak mampu untuk berdiri.

Adakah dia dibolehkan solat duduk atau menunggu sehingga hilang peningnya walaupun sehingga habis waktunya?

Dia dikehendak­i supaya solat dengan cara duduk tanpa perlu menunggu sehingga hilang peningnya.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il, oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia