Harian Metro

13 September sebutan semula kes nahas ngeri

-

Mahkamah Majistret Bahau menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap seorang pemandu treler yang didakwa menyebabka­n kematian lapan mangsa termasuk enam sekeluarga dalam kemalangan ngeri di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.

Majistret Mohamad

Redza Azhar Rezali menetapkan tarikh berkenaan selepas permohonan menangguhk­an prosiding dibuat Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Ahmad bagi menunggu laporan kimia, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Tertuduh, Norzailan Omar, 44, dari Triang, Pahang yang sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu pada 15 Jun, tiba di mahkamah jam 9.15 pagi sambil ditemani kenalannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia