Harian Metro

Sarang tebuan aktif di enam lokasi

-

Sebanyak enam aduan diterima Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengenai kewujudan sarang tebuan yang masih aktif membabitka­n enam kampung di kawasan DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, peningkata­n kes kanak-kanak maut disengat tebuan di daerah Besut sejak kebelakang­an ini mendorong orang ramai melaporkan masalah berkenaan kepada pihak berkuasa.

“Semalam (kelmarin), kita terima enam laporan di Kampung Pengkalan Atap, Tok Saboh, Kampung Lampu, Gong Tengah, Kuala Besut dan Beris Pak Abu mengenai kewujudan sarang tebuan yang dibimbangi boleh mengancam penduduk.

“Susulan laporan, kita menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu memusnahka­n sarang berbahaya itu manakala operasi bermula jam 9 malam semalam (kelmarin) diketuai pegawai APM, Lt (PA) Razali Mohamad bersama lima anggota.

“APM menggunaka­n skylif kerana sarang berkenaan berada di tempat tinggi termasuk di atas pokok dan rumah,” katanya.

Tengku Zaihan turut berpuas hati dengan operasi yang dijalankan kerana APM mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika memusnahka­n sarang berkenaan iaitu memakai pakaian khas, menggunaka­n peralatan memadamkan kebakaran yang lengkap selain turut memaklumka­n terlebih dulu operasi itu kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia