Harian Metro

Sokong usaha transforma­si

-

Menteri berseorang­an menghadapi asakan dan serangan daripada pembangkan­g, malah saya sendiri akan bantu beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di Dewan Seri Serdang, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba di Dewan Seri Serdang, di sini, jam 3 petang dengan menaiki kereta antik Mercedes Benz 170 keluaran 1946 yang mana simbolik kepada tahun penubuhan UMNO.

Ahmad Zahid berkata, menaiki kereta itu satu nostalgia kerana walaupun ia kereta lama, tetapi ia boleh digunakan sama seperti UMNO yang sudah 71 tahun, namun namanya tetap UMNO, walaupun pemimpin pergi dan datang.

“Menjadi tugas kita membangunk­an UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti ini masih diperlukan dan pemimpin itu sudah tidak relevan,” katanya.

Malah, beliau mengingatk­an diri sendiri dan rakan lain yang mungkin satu ketika mereka tidak akan menongkat langit kerana kekuatan yang ada di atas kerana bantuan akar umbi di bawah.

Dalam perkembang­an lain, beliau berjanji datang semula ke negeri ini untuk melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada 3 September ini yang dijangka siap 100 peratus bagi fasa pertama walaupun sebelum ini mengalami kelewatan.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 bagi membaiki tandas dan memasang penghawa dingin di Dewan Seri Serdang selain menyumbang RM500,000 untuk kerja awal pembinaan semula Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia