Harian Metro

TIADA BATASAN

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 IAM bantu masyarakat Islam di Trincomale­e, Sri Lanka

Misi kemanusiaa­n dilaksanak­an badan bukan kerajaan, tidak terbatas untuk mereka yang berada di Malaysia saja namun melebarkan sayap membantu masyarakat Islam di luar negara.

Misi kali ini membantu golongan yang kurang berkemampu­an di sekitar kawasan pedalaman Trincomale­e, Sri Lanka dalam program Jejak Prihatin terutama ibu tunggal miskin.

Presiden IAM Zawahir Abdullah berkata, berdasarka­n maklumat diterima lebih 2,000 ibu tunggal miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hidup dalam kemiskinan menghuni kawasan itu.

“Jumlah ibu tunggal yang ramai di kawasan ini berikutan pergolakan politik yang melanda akibat pertelingk­ahan antara kerajaan dan puak penentang yang berlarutan sehingga kini.

“Rata-rata mereka mempunyai anak yang ramai dan masih lagi bersekolah. Kami ke sini dengan kerjasama sukarelawa­n IAM di Sri Lanka bagi menyerahka­n bantuan berbentuk pek makanan mengandung­i barangan keperluan asas tempatan seperti beras, minyak masak, kekacang, kacang dhal, tepung, dan gula,” katanya kepada Harian Metro.

Zawahir berkata, pihaknya turut berkesempa­tan untuk melawat rumah mereka bagi melihat sendiri kesusahan yang dihadapi dan diharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban dihadapi, malah ia juga sumbangan pertama diterima daripada masyarakat Malaysia.

“Selain itu, IAM turut berkunjung ke kawasan pedalaman di Kinniya, Trincomale­e terletak lebih 250 kilometer dari ibu kota Colombo dalam menjayakan program Bekalan Air Bersih,” katanya.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Islamic Aid Malaysia di www.iam. org.my atau hubungi Islamic Aid Malaysia di talian 03-89574136 atau 019-3973 558 (Farouq Zauji) Menggunaka­n logo palsu syarikat roti dan nombor pendaftara­n palsu. Itu taktik sekumpulan pencuri yang menggunaka­n lori untuk melakukan jenayah pecah rumah di taman perumahan di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi, suspek dipercayai lebih daripada seorang menaiki kenderaan berat berkenaan meronda sekitar kawasan perumahan terbabit.

Difahamkan, suspek berhenti di rumah yang penghuniny­a tidur lena lalu berlagak seperti hendak memindahka­n barangan.

Selepas memunggah, suspek memindahka­n barangan berkenaan ke dalam kenderaan lain di satu lokasi tersembuny­i di Jaya Gading, di sini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ZAWAHIR (kiri) membantu kanak-kanak di perkampung­an Kinniya, Sri Lanka mendapatka­n air bersih.
ZAWAHIR (kiri) membantu kanak-kanak di perkampung­an Kinniya, Sri Lanka mendapatka­n air bersih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia