Harian Metro

BAYAR SAMAN AES

Jika gagal akan didakwa di mahkamah dengan kadar denda lebih tinggi: JPJ

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Jelaskan segera atau didakwa di mahkamah serta dikenakan denda lebih tinggi.

Itu amaran yang diberikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron terhadap pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun Sistem Penguatkua­sa Automatik (AES) dalam masa ditetapkan.

Peringatan itu dikeluarka­n susulan penguatkua­saan Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabung­kan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) mulai 15 April lalu.

Nadzri berkata, pihaknya kini menyemak pengguna jalan raya yang disaman AES dan tidak membayar kompaun mulai 15 April lalu untuk dikenakan tindakan mahkamah.

“Kami sudah menerima arahan yang dikeluarka­n Peguam Negara untuk membawa mereka yang tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.

“Pengguna jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM150 namun sekiranya mereka gagal untuk membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Sumber Manusia, di sini, semalam.

Pada majlis itu, JPJ diwakili Nazri manakala JPK diwakili Ketua Pengarahny­a Nidzam Kamarulzam­an.

Menerusi MoU itu, JPJ bekerjasam­a dengan JPK dalam pembanguna­n modal insan bagi bidang pengangkut­an jalan membabitka­n empat bidang utama iaitu proses membangunk­an Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), pelaksanaa­n Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), mendaftar personel mahir dan berkelayak­an dalam Direktori Pakar Industri Negara serta pentauliah­an program latihan NOSS.

Namun Nazri berkata, sehingga kini pihaknya belum membawa mana-mana pengguna jalan raya ke mahkamah tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang gagal menjelaska­n bayaran kompaun terbabit.

Beliau berkata, terdapat beberapa lokasi kamera AES yang akan merakam gambar bahagian belakang kereta untuk mendapatka­n maklumat yang lebih tepat.

“Teknologi AES ini juga boleh merakam gambar bahagian belakang kereta untuk memberi maklumat yang lebih jelas termasuk jenis model dan nombor pendaftara­n kenderaan.

“Kami hanya meletakkan kamera ini di beberapa lokasi bersesuaia­n saja mengikut keadaan dan keperluan kawasan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? NADZRI (enam dari kanan) dan Nidzam (sembilan dari kiri) selepas majlis tanda tangan MoU.
NADZRI (enam dari kanan) dan Nidzam (sembilan dari kiri) selepas majlis tanda tangan MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia