Harian Metro

20 peratus premis tak pamer sijil daftar niaga

-

Sebanyak 20 peratus premis perniagaan di sekitar Stesen MRT Stadium Kajang didapati gagal mematuhi peraturan asas perniagaan menerusi pemeriksaa­n yang dilakukan oleh Bahagian Pematuhan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), di sini, kelmarin.

Menerusi kenyataan yang dikeluarka­n semalam, SSM mendapati semua premis terbabit tidak mempamerka­n sijil pendaftara­n perniagaan selain mempunyai papan tanda meragukan serta tidak mempamerka­n nombor pendaftara­n perniagaan.

“Bahagian Pematuhan SSM menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas 100 premis perniagaan dan mendapati bahawa 20 peratus didapati melanggar peraturan manakala selebihnya mematuhi peraturan asas perniagaan.

“Pada masa sama, kita memberikan Sijil Komemorati­f kepada premis perniagaan yang mengikut peraturan sebagai memperinga­ti pelancaran Aliran Transit Massa (MRT) ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama SSM turut meninjau pengangkut­an awam dan merasai pengalaman menaiki MRT bermula dari Stesen MRT Muzium Negara hingga ke Stesen MRT Stadium Kajang.

Hamzah diiringi Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner bersama pasukan penguat kuasa SSM dan KPDNKK melakukan pemeriksaa­n terhadap premis perniagaan di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia