Harian Metro

‘SAYA HIDUP LEBIH TENANG’

- Yusmizal Dolah Aling dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail am@hmetro.com.my

Mualaf dijadikan hamba bengkel mula kehidupan

di lokasi selamat

“Kehidupan saya lebih tenang dan tumpuan kini hanya untuk mendalami ilmu agama,” kata Saad Kong atau nama asalnya Kong Kon Teck, 50 yang kini mempunyai kehidupan baru selepas bebas daripada menjadi hamba abdi ceti haram di sebuah bengkel besi buruk di Sepang, awal bulan lalu.

Pendedahan penderitaa­n Saad di Harian Metro, 4 Ogos lalu, mendorong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Mualaf Malaysia (YMM) memberikan bantuan, sekali gus membolehka­n dia ditempatka­n di satu lokasi selamat untuk sementara waktu.

Saad berkata, dia menyusun semula kehidupan selain mendalami ilmu agama di kelas yang disediakan sejak ditempatka­n di lokasi itu seminggu lalu.

Katanya, kehidupan seharianny­a bermula pada jam 3.30 pagi setiap hari untuk dia bangun menunaikan solat tahajud dan diikuti solat Subuh.

“Saya cuba untuk berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis serta memulakan kelas agama bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Selepas itu, saya bercadang untuk membuka semula kelas tambahan setiap Sabtu dan meluangkan masa dengan keluarga serta aktif kembali dalam sukan memanah setiap Ahad.

“Saya masih dalam peringkat awal pembelajar­an dengan belajar ilmu fiqah, fardu ain dan bacaan Iqra. Saya komited dengan ilmu yang dipelajari dan dalam tempoh seminggu ini, saya menjadi peserta kumpulan terbaik untuk latihan menjadi imam,” katanya kepada Harian Metro.

Dia berkata, kehidupann­ya selama lapan bulan menjadi hamba di bengkel besi buruk bertukar sekelip mata menjadi lebih baik dan ia membuktika­n bahawa perancanga­n Allah SWT itu indah.

“Ketika menjadi hamba abdi saya tidak pernah mengeluh dengan ujian yang diberikan kerana saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Apapun saya terhutang budi dengan rakan-rakan yang membantu membebaska­n saya daripada menjadi hamba abdi selain PPIM serta YMM yang banyak memberikan tunjuk ajar serta membantu saya memulakan kehidupan baru sebagai mualaf,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan penderitaa­n Saad yang dikerah menjadi hamba abdi selama kira-kira lapan bulan di sebuah bengkel besi buruk kerana terikat dengan hutang lebih RM30,000 dengan bekas rakan kongsi perniagaan­nya.

Penderitaa­n Saad berakhir apabila dia berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang rakan dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bersama YMM membantu memberi bimbingan kepada Saad dan kagum dengan komitmen lelaki itu yang bersungguh-sungguh mendalami Islam.

Katanya, menerusi bantuan pengerusi YMM, Nabila Shila Lama Abdullah dan pihak berkuasa agama, mereka akan membantu Saad mendalami agama dengan kelas pengajian asas solat dan lain-lain.

“Apa yang boleh dikatakan, kami memang kagum dengan ketabahan dia menjadi seorang Muslim selepas apa yang dilalui. Selepas ini, kita akan tengok apa lagi bantuan yang boleh diberikan kepadanya,” katanya.

 ??  ?? SAAD (kanan) menceritak­an penderitaa­n dialami kepada Nadzim di pejabat PPIM sambil disaksikan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi (kiri).
SAAD (kanan) menceritak­an penderitaa­n dialami kepada Nadzim di pejabat PPIM sambil disaksikan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi (kiri).
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 4 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 4 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia