Harian Metro

Pengarah nafi kebas RM144,000

-

Seorang pengarah syarikat jualan langsung didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang berjumlah RM144,000 milik sebuah syarikat latihan automotif bagi tujuan pelaburan, Jun lalu.

Tertuduh, Chai Kam Mei, 53, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menyalahgu­nakan wang RM144,000 milik syarikat Auto Terminal Training Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB milik GM Friday Services Sdn Bhd untuk urusan barang pelaburan elektronik.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Auto

Terminal, No 2 Jalan Hentian Kajang 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, di sini, jam 11 pagi pada 21 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia