Harian Metro

Penubuhan PAZA diiktiraf

-

Projek Pusat Agihan Zakat (PAZA) ditubuhkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) mendapat pengiktira­fan apabila menerima Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 anjuran Malaysia Productivi­ty Corporatio­n (MPC) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kejayaan itu dicapai menerusi pembentang­an oleh Kumpulan Sufi iaitu kumpulan dianggotai 10 warga kerja MAIWP. Mereka membentang­kan projek PAZA yang dibuka mengikut kawasan Parlimen di Wilayah Persekutua­n.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Paimuzi Yahya berkata, penubuhan PAZA terbukti memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia