Harian Metro

SEKTOR SWASTA JADI PEMACU

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 KDNK negara tumbuh 5.8 peratus pada suku kedua 2017

Ekonomi Malaysia terus berkembang kukuh pada suku kedua 2017 dengan pertumbuha­n 5.8 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 4.0 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

KDNK bagi suku kedua ini juga menunjukka­n peningkata­n lebih baik berbanding suku pertama 2017 iaitu sebanyak 5.6 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim berkata, perbelanja­an sektor swasta menjadi pemacu utama pertumbuha­n terbabit selain didorong pertumbuha­n kukuh eksport kasar serta dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan di samping pelaburan swasta.

“Bagi tempoh enam bulan, ekonomi berkembang 5.7 peratus dan ekonomi Malaysia kekal dalam momentum menaik sejak suku kedua 2016.

“Permintaan dalam negeri dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuha­n manakala bagi sektor luaran, eksport dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuha­n global yang lebih kukuh daripada jangkaan,” katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku kedua 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata, BNM menjangkak­an ekonomi Malaysia akan berkembang melebihi 4.8 peratus bagi tahun ini.

“Menerusi jumlah KDNK direkodkan pada separuh pertama 2017 sebanyak 5.7 peratus, kami percaya unjuran untuk tahun ini akan lebih positif,” katanya.

Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi mencatat pertumbuha­n dan sektor perkhidmat­an merekodkan pertumbuha­n lebih tinggi pada suku kedua manakala peningkata­n dalam subsektor borong serta runcit didorong perbelanja­an isi rumah lebih tinggi.

Menurutnya, permintaan dalam negeri dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuha­n manakala bagi sektor luaran, eksport dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuha­n global yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Inflasi keseluruha­n diunjurkan lebih sederhana pada separuh kedua 2017, mencermink­an kesan daripada faktor kos global yang semakin berkurang.

“Bagi tahun ini secara keseluruha­n, inflasi dijangka berada dalam julat purata 3.0 peratus hingga 4.0 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia