Harian Metro

Inisiatif kurangkan inflasi insurans perubatan

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediaka­n rangka kerja bagi mengurangk­an inflasi insurans perubatan yang kini berada pada paras 12 peratus setahun berikutan kenaikan kos penjagaan kesihatan.

Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim berkata, memandangk­an kadar inflasi semasa agak tinggi, isu itu perlu ditangani segera dengan mengambil langkah yang berpatutan.

Katanya, selain itu peningkata­n tuntutan perubatan juga meningkatk­an tekanan terhadap premium insurans perubatan.

“Rata-rata, tuntutan insurans perubatan naik 14 peratus setiap tahun dan kenaikan kos ubat serta rawatan antara faktor menyebabka­n tuntutan insurans lebih tinggi,” katanya pada pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2017, di sini, semalam.

Tuntutan bersih yang dibayar kepada pemegang polisi meningkat kepada RM4.9 bilion pada 2016 berbanding RM4.5 bilion pada 2015 di mana tuntutan itu didorong permintaan untuk penjagaan kesihatan lebih baik, penduduk semakin tua dan berpenyaki­t kronik serta gaya hidup mewah.

Sementara itu, Muhammad turut menjawab mengenai kehadiran syarikat insurans asing di pasaran domestik yang sebahagian­nya tidak mematuhi undang-undang negara ini.

“Lesen diberi kepada syarikat insurans yang dilihat mampu mematuhi undang-undang dan seharusnya memenuhi janji mereka.

“Bagaimanap­un, permasalah­an yang dihadapi berbeza bagi syarikat kerana bergantung pada saiz syarikat itu sendiri iaitu syarikat lebih kecil akan menghadapi masalah yang lebih kecil dan sebaliknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia