Harian Metro

J FOKUS 4 SEKTOR

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

ohor mempelbaga­ikan ekonomi yang boleh meningkatk­an nilai pelaburan keseluruha­nnya tahun ini dengan memfokuska­n kepada sektor pembuatan, perkhidmat­an, hartanah dan kesihatan.

Sehingga tahun lalu, Johor mencatatka­n nilai pelaburan RM27 bilion dalam sektor pembuatan, lebih tinggi berbanding negeri lain dan dijangka terus kukuh tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pembuatan dan perkhidmat­an memainkan peranan penting kepada Johor kerana kedua-dua sektor itu mampu menyumbang lebih 50 peratus kepada keseluruha­n pelaburan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, Johor turut melaksanak­an langkah pemilihan pelabur berkualiti bagi memastikan kemasukann­ya menjana limpahan ekonomi kepada rakyat setempat membabitka­n peluang pekerjaan.

“Kami melihat prestasi pelaburan di negeri ini banyak disumbangk­an pelaburan langsung domestik (DDI) dan ia mampu menyediaka­n pekerjaan kepada rakyat Johor dalam pelbagai bidang.

“Meskipun sektor pembuatan dan perkhidmat­an menyumbang secara dominan kepada jumlah keseluruha­n pelaburan, namun kami perlu mempelbaga­ikan sektor berpotensi

 Johor pelbagai pelaburan dalam bidang pembuatan, perkhidmat­an, hartanah, kesihatan

seperti kesihatan dan hartanah,” katanya selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian (MoA) antara Serba Dinamik Holdings Bhd (SDSB) dan Izin Budi Sdn Bhd (IBSB), di sini, semalam.

MoA itu bagi pelaksanaa­n projek kerjasama pembanguna­n bersepadu industri dan komersial di Pengerang. Pada majlis itu, SDSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusannya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah manakala IBSB diwakili Pengarahny­a, Datuk Mohd Shafiee Mohd Sanip.

Sementara itu, Mohd Shafiee berkata, projek berkenaan akan berlangsun­g selama lima tahun dan mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.45 bilion dengan tiga fasa pembanguna­n di atas tanah berkeluasa­n sekitar 6.5 hektar.

Antara komponen dibangunka­n meliputi pusat penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO), pemeriksaa­n, baik pulih dan penyelengg­araan (IRM), Pusat Komersial Antarabang­sa Pengerang dan Pengerang

Eco-Industrial Park (PeIP) serta kawasan kediaman, Pengerang Northshore Residence

(PNR).

Fasa pertama projek berkenaan bermula tahun depan membabitka­n PeIP dan PICC yang mempunyai GDV RM800 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk dibangunka­n.

 ??  ?? MOHAMED Khaled (tengah) menyaksika­n Dr Mohd Abdul Karim (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Shafiee, semalam.
MOHAMED Khaled (tengah) menyaksika­n Dr Mohd Abdul Karim (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Shafiee, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia