Harian Metro

Ringgit kukuh disokong pembanguna­n domestik positif

-

Ringgit Malaysia dijangka terus kukuh berikutan sentimen bertambah baik dan disokong pembanguna­n domestik yang positif.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ringgit ketika ini berada pada paras yang mencermink­an asas kukuh ekonomi Malaysia.

Katanya, BNM menjangkak­an penggunaan domestik dan eksport akan meningkat pada separuh kedua tahun ini dengan sentimen pasaran global bertambah baik.

“Sentimen pelabur pada umumnya meningkat pada suku kedua 2017, disokong pengumuman inisiatif untuk membangunk­an pasaran kewangan tempatan, prestasi ringgit lebih kukuh, jangkaan prospek pendapatan korporat yang lebih baik dan prospek pertumbuha­n domestik.

“Mata wang tempatan telah mengukuh semasa suku dalam kajian yang mencermink­an asas ekonomi negara,” katanya pada pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2017, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia