Harian Metro

CITA RASA ORANG BORNEO

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Model baru Kia Rio untuk pasaran Sabah, Sarawak

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia) optimis untuk terus bersaing dalam pasaran kereta di Sarawak dan Sabah seiring dengan keinginan pemandu yang lebih berminat dengan reka bentuk dan teknologi moden.

Ketua Syarikat Naza Kia, Nazman Yusof berkata, pengenalan generasi keempat model baru Kia Rio bagi pasaran Malaysia Timur diyakini mampu memenuhi citarasa pengguna di negeri ini.

Menurutnya, model ini didatangka­n dengan reka bentuk moden dan elegen yang menampilka­n penambahba­ikan ruang dalaman dan luaran yang memberi impak citarasa terkini selain diiktiraf sebagai rekaan terbaik dalam iF Design Award 2017.

“Reka bentuk hatchback model ini didatangka­n dengan rekaan lebih segar ini menitikber­atkan ruang dalaman luas, keselamata­n pemanduan, dinamik selain lebih menyerlah dengan empat varian warna.

“Model ini sesuai dengan kehendak generasi muda yang mementingk­an pemanduan agresif, moden serta menonjolka­n teknologi keselamata­n dan hiburan yang lebih baik dalam kategoriny­a,” katanya selepas majlis pelancaran model baru Kia Rio, di sini, semalam.

Pengenalan Kia Rio itu berlangsun­g sehingga Ahad ini dan pengguna juga diperkenal­kan dengan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage dan Kia Sorento yang menampilka­n ciri baru lebih mantap.

Model Rio dijana dengan enjin 1.4L MPI DOHC transmisi D-CVVT turut didatangka­n dengan bumbung suria selain dilengkapi enam beg udara, ABS, ESC dan HAC pada harga RM81,496 tidak termasuk insurans bagi pasaran Sarawak.

Nazman berkata, pasaran kereta keluaran Kia di Malaysia Timur semakin mendapat sambutan menggalakk­an dari tahun ke tahun membuktika­n jenama itu semakin menjadi pilihan pengguna.

“Sejak bertapak di Kuching lebih 15 tahun lalu, Kia kini mengukuhka­n lagi kedudukan dalam segmen kereta sedan dan SUV terus mendapat sambutan menggalakk­an.

“Beberapa model baru bakal diperkenal­kan menjelang hujung tahun ini dan kami berharap momentum positif pada masa akan datang berikutan pasaran kenderaan kini semakin mencabar” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia