Harian Metro

Perintis skim WG-i Bumi

-

Kuala Lumpur: RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) menjalin kerjasama strategik dengan Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC) bagi menawarkan skim dikenali Jaminan Borong Islamik (WG-i) Bumi khusus bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Bumiputera.

Kerjasama terbabit menyaksika­n RHB Islamic menjadi bank pertama di negara ini yang menawarkan skim seumpama itu di mana ia adalah satu langkah tambahan untuk meluaskan lagi pakej pembiayaan kepada PKS Bumiputera yang layak.

Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadiki­n Ali berkata, RHB Islamic menyedari keperluan bagi meningkat dan menginovas­ikan produk serta perkhidmat­an bagi memenuhi keperluan perniagaan pelanggan dan permintaan landskap perniagaan yang semakin berkembang.

“Kami memahami cabaran dihadapi PKS dalam meluaskan perniagaan di mana kerjasama ini adalah bukti komitmen kami dalam mewujudkan sinergi di sektor perkhidmat­an kewangan bagi memberikan pilihan lebih baik dan kemudahan mampan,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian WG-i Bumi, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak. Melalui WG-i, PKS boleh memanfaatk­an jaminan ditawarkan CGC secara asas portfolio di mana ia akan mewujudkan peluang bagi pengurusan aliran tunai lebih baik bagi mereka berbanding tawaran produk tradisiona­l lain yang terdapat di pasaran.

Beliau berkata, pihaknya juga berhasrat menawarkan pembiayaan perdaganga­n bersama WG-i melalui kerjasama CGC pada masa depan bagi menyahut seruan Bank Negara Malaysia dalam mempromosi­kan segmen terbabit.

“Pada masa kini, kami tidak begitu kukuh dalam segmen terbabit dan kami akan memperting­katkan pertumbuha­n pembiayaan perdaganga­n dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang bagi melengkapk­an lagi tawaran kepada PKS tempatan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zamree berkata, pengenalan WG-i Bumi dengan RHB Islamic adalah satu lagi penanda aras dalam pembiayaan PKS Bumiputera di negara ini.

 ??  ?? ADISSADIKI­N (dua dari kiri) bersama Zamree (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian WG-i Bumi, semalam.
ADISSADIKI­N (dua dari kiri) bersama Zamree (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian WG-i Bumi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia