Harian Metro

Senheng buka cawangan ke-31 senQ Digital Station

-

Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) membuka cawangan ke-31 senQ Digital Station di pusat beli-belah baru di Melawati Mall dengan pelaburan keseluruha­n RM4 juta.

Pengarah Urusannya, KH Lim berkata, setakat ini terdapat 122 rangkaian Senheng dan senQ Digital Station di seluruh negara.

Beliau berkata, syarikat akan memberi tumpuan terhadap cawangan sedia ada, namun tidak menolak untuk membuka rangkaian baru jika terdapat lokasi dengan demografik yang strategik.

“Kami amat menitikber­atkan pemilihan lokasi sebelum mengambil keputusan membuka cawangan baru, malah senQ Digital Station di Melawati Mall ini dibuka dengan konsep lebih segar dengan keluasan 10,000 kaki persegi.

“Lebih utama, kami dapat menyediaka­n perkhidmat­an yang mampu memenuhi gaya hidup, keselesaan membeli-belah dan memberi nilai tambah kepada pelanggan kami,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis pelancaran senQ Digital Station ke-31, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Pentadbira­n dan Sokongan Perniagaan Senheng, Wong Che Hoe.

Lim berkata, buat masa ini Senheng menyumbang jualan 65 peratus kepada jumlah pendapatan syarikat dan 35 peratus daripada senQ Digital Station.

 ??  ?? LIM (tengah) bersama Wong (kiri) pada pembukaan SenQ di Melawati Mall, semalam.
LIM (tengah) bersama Wong (kiri) pada pembukaan SenQ di Melawati Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia