Harian Metro

13 KALI KENA JUAL

- Agensi

 Polis selamatkan bayi berusia lima bulan

jadi mangsa pemerdagan­gan manusia

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang dijual bapanya diselamatk­an polis selepas kanak-kanak itu dijual semula sebanyak 13 kali dalam tempoh tiga bulan.

Akhbar Guangxi News melaporkan, bapa bayi itu yang dikenali sebagai Zhao Wei berpisah dengan kekasihnya, Ling pada Disember tahun lalu.

Ling keluar dari rumahnya tanpa membawa anaknya selepas mendapati Zhao menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Wanita berkenaan kemudian tidak dibenarkan Zhao untuk melawat anaknya.

Pada awal Mei lalu, Ling menghubung­i polis di Fangchengg­ang kerana bimbang anaknya mungkin dijual oleh bekas teman lelakinya.

Selepas membuat siasatan selama tiga bulan, polis mendapati bayi itu dijual Zhao pada harga 45,000 yuan (RM28,928) kepada satu keluarga di wilayah Guangdong.

Keluarga itu menjual bayi itu semula kepada seorang wanita

yang tinggal di Inner Mongolia pada harga 59,000 yuan (RM37,926.).

Bayi berkenaan kemudian dijual kepada beberapa individu lagi membabitka­n transaksi berjumlah 226,000 yuan (RM145,276).

Polis berkata, bayi itu dijual kepada pembeli terakhir pada harga 10,000 yuan (RM6,428) di Shantou di wilayah Guangdong.

Anggota polis mengembara sejauh 7,000 kilometer dalam misi menjejaki dan menahan individu yang terbabit dalam jual beli bayi berkenaan. Seramai 14 individu termasuk bapa bayi itu ditangkap dan didakwa atas tuduhan melakukan aktiviti pemerdagan­gan manusia.

Bayi itu yang diselamatk­an berada dalam keadaan sihat dan kini diserahkan kepada datuk dan neneknya untuk dijaga.

 ??  ?? BAYI didukung neneknya selepas diselamatk­an polis. - Agensi
BAYI didukung neneknya selepas diselamatk­an polis. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia