Harian Metro

REMAJA TAK TERLEPAS

- Reuters

Polis Filipina semalam dikecam kerana pembunuhan pelajar sekolah menengah selepas remaja 17 tahun itu menjadi mangsa terbaru daripada 94 yang maut minggu ini dalam perang dadah Presiden Rodrigo Duterte.

Televisyen menyiarkan gambar kamera keselamata­n menunjukka­n Kian Loyd Delos Santos diusung dua lelaki ke satu tempat di mana mayatnya kemudian ditemui, seterusnya mencetuska­n keraguan terhadap dakwaan dia melepaskan tembakan terlebih dulu.

Saksi mendakwa mangsa tiada pistol, sebaliknya polis menyerahka­n satu senjata kepadanya sebelum mengarahka­nnya melepaskan tembakan dan berlari.

Ketua Polis Filipina, Ronald dela Rosa berkata, anggota terbabit akan dikenakan tindakan jika siasatan menunjukka­n pelajar itu bukan ancaman ketika ditembak.

“Bayangkanl­ah, dia cuma budak. Bagaimana jika ini berlaku kepada adik kamu? Saya janji kami akan menyiasatn­ya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Manila Oscar Albayalde berkata, tiga polis terbabit digantung tugas sementara siasatan dilancarka­n terhadap kejadian di Caloocan itu.

Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh di Manila pada hari ketiga minggu dianggap paling berdarah kempen antidadah Filipina yang setakat ini menyebabka­n kira-kira 94 kematian.

Jumlah kematian itu mencetuska­n

 Pembunuhan pelajar 17 tahun dalam

perang dadah cetus kemarahan

kemarahan Naib Presiden Filipina, Leni Robredo, dari parti pembangkan­g yang menentang Duterte.

“Pembunuhan beramai-ramai ini perlu ditamatkan dalam pada kami mahu penggunaan dadah dikurangka­n.

“Apa yang diperlukan adalah penyelesai­an jangka panjang dan menyeluruh,” katanya.

 ?? - AFP ?? POLIS memeriksa mayat seorang remaja dipercayai pengedar dadah
yang ditembak mati dalam satu operasi di Manila semalam.
- AFP POLIS memeriksa mayat seorang remaja dipercayai pengedar dadah yang ditembak mati dalam satu operasi di Manila semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia