Harian Metro

Lima hari ‘tawan’ menara elektrik

-

Jakarta: Seorang lelaki memanjat sebuah menara elektrik bervoltan tinggi di Jalan Yos Sudarso di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Isnin lalu dan sehingga semalam dia masih enggan turun.

Agustinus Woro duduk di menara setinggi 50 meter itu sambil menggantun­g sepanduk mendesak siasatan terhadap tuduhan tentera membunuh dan menjual organ kanak-kanak di Nusa Tenggara Timur.

“Lelaki itu mungkin mengalami tekanan perasaan. Sudah banyak kali dia melakukan perkara seperti ini.

“Dia mungkin mahu menjadi popular,” kata jurucakap polis Jakarta Utara, Sungkono yang dipetik tempo.co.

Sementara itu, jurucakap bomba Jakarta Utara, Satriadi Gunawan memberitah­u, anggotanya cuba memujuk Agustinus turun tetapi usaha mereka gagal.

“Lelaki itu mendakwa dia membawa petrol dan pemetik api serta mengancam untuk membakar anggota penyelamat yang menghampir­inya,” jelasnya.

Menurutnya, dia mengesyaki lelaki itu mengalami masalah mental yang menyebabka­n dia bertindak demikian.

Dalam pada itu, kawasan di menara elektrik itu terus dikerumuni orang ramai yang mahu melihat usaha pihak berkuasa memujuk Agustinus turun.

 ??  ?? AGUSTINUS mengibarka­n sepanduk ketika berada di atas menara elektrik bervoltan tinggi di Jakarta Utara kelmarin. - Agensi
AGUSTINUS mengibarka­n sepanduk ketika berada di atas menara elektrik bervoltan tinggi di Jakarta Utara kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia