Harian Metro

8 suspek didakwa bakar potret raja

-

Bangkok: Sekurang-kurangnya lapan individu didakwa atas tuduhan menghina raja kerana membakar potret keluarga diraja Thailand, kata kumpulan bantuan guaman kelmarin.

Kumpulan Peguam Untuk Hak Asasi Manusia berkata, suspek pertama ditangkap pada Mei lalu di wilayah Khon Kaen.

Lelaki itu berdepan beberapa tuduhan kerana merosakkan potret mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan anaknya kini raja yang baru, Maha Vajiralong­korn.

Di Thailand, undang-undang menghina raja memperuntu­kkan hukuman penjara 15 tahun.

Polis berkata, semua suspek tidak segera didakwa kerana siasatan mendapati tindakan mereka berpunca daripada konflik peribadi atau untuk kepentinga­n sendiri.

Semua suspek ditangkap berusia 18 hingga 20 tahun dan yang paling muda berusia 14 tahun.

Mereka ditahan selama 48 hari sebelum dibebaskan. Semua suspek ditahan semula dan didakwa pada Rabu lalu.

Semua suspek juga berdepan dakwaan tambahan iaitu bersubahat melakukan jenayah dan merosakkan harta awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia