Harian Metro

Filipina kesan wabak kedua selesema burung

-

Pihak berkuasa Filipina menemui wabak kedua selesema di satu lagi wilayah di pulau Luzon, kata Setiausaha Pertanian, Emmanuel Pinol semalam, seminggu selepas wabak pertama dilaporkan.

Wabak kedua melanda daerah Jaen di wilayah Nueva Ecija, utara Manila di mana Pinol memberitah­u dua kes dikesan pada burung puyuh.

Lokasi itu terletak kira-kira 50 kilometer dari wabak pertama dikesan.

“Kerana wabak terbaru di Nueva Ecija ini kami terpaksa melanjutka­n tempoh kuarantin di Luzon,” kata Pinol kepada stesen radio DZBB. Wabak pertama dilaporkan di daerah San Luis di wilayah Pampanga juga di Luzon dan kerajaan merancang membunuh 600,000 unggas untuk membendung virus itu daripada merebak.

Semua unggas dalam lingkungan satu kilometer radius dari ladang di Nueva Ecija juga akan dimusnahka­n.

Bagaimanap­un, Pinol tidak memberikan anggaran jumlah unggas di kawasan itu yang akan dibunuh.

Sehingga kini tiada kes jangkitan terhadap manusia dilaporkan daripada kedua-dua wabak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia