Harian Metro

Dah lama rancang

-

Madrid: Dua serangan berdarah di wilayah Catalonia pada Khamis dan Jumaat sudah lama dirancang oleh pihak-pihak yang beroperasi di bandar Alcanar, kata polis, semalam.

Polis mengesyaki mereka merancang serangan lebih besar tetapi terpaksa mengubah perancanga­n dan bertindak pantas susulan letupan sebuah rumah di Alcanar sejurus sebelum detik tengah malam (waktu tempatan) Khamis - kejadian yang kini dikaitkan polis dengan serangan di Barcelona serta Cambrils. Polis berkata, sejumlah gas ditemui dipercayai sebahagian daripada perancanga­n mereka.

Jurucakap polis Catalonia Josep Lluis Trapero berkata: “Disebabkan letupan di Alcanar mereka kehilangan bahan diperlukan untuk melancarka­n serangan lebih besar.”

Katanya, tiga daripada mereka yang ditahan setakat ini rakyat Maghribi manakala orang keempat lelaki tempatan. Semunya tiada rekod aktiviti berkaitan keganasan dan berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Polis juga masih belum mengenal pasti identiti pemandu van yang merempuh pejalan kaki di pusat bandar Barcelona sebelum meninggalk­an kenderaann­ya dan melarikan diri.

Trapero semalam berkata, lelaki itu disyaki antara lima yang maut ditembak di Cambrils, tetapi perkara itu masih disiasat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia