Harian Metro

55 tahun digelar najis

- Agensi

Seoul: Sebuah sekolah rendah di Korea Selatan yang namanya secara tidak sengaja bermaksud ‘tahi’ memutuskan untuk menukarnya, kata jurucakapn­ya semalam.

Banyak nama dan perkataan Korea berdasarka­n karakter Cina, jadi apabila diterjemah­kan kepada abjad Korea, Hangul, ejaannya mungkin sama tetapi mampu membawa pelbagai makna.

Disebabkan itu, pelajar Sekolah Rendah Daebyun di Busan sering diejek sejak 55 tahun lalu kerana namanya berbunyi seperti najis di dalam bahasa Korea.

Menurut seorang pegawai yang enggan namanya didedahkan, mereka mula mengadakan kempen untuk menukar nama sekolah itu dengan mengumpulk­an lebih 4,000 tandatanga­n sejak April lalu.

Sekolah itu yang ditubuhkan pada 1963 dan mempunyai 77 pelajar dinamakan sempena kampung Daebyun-ri - singkatan merujuk kepada pelabuhan Daedonggob­yunpo yang berhampira­n.

Menurut akhbar harian Kyunghyang Sinmun, sekolah lain turut mempunyai nama memalukan seperti Jungja (sperma), Yadong (pornografi) dan Mulgun (zakar).

Bagaimanap­un, tiada satupun daripada sekolah itu bercadang untuk menukar nama. - AFP

Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan yang dilintasi untuk ke kampung seberang runtuh.

Tiga beranak itu dirakam berpeganga­n tangan ketika cuba menyeberan­gi jambatan itu sambil membawa barangan keperluan.

Hanya beberapa saat sebelum kejadian, keluarga lain sempat menyeberan­g dengan selamat ketika pemindahan dijalankan dalam kejadian di Bihar, utara India, yang bersempada­n Nepal.

Namun nasib tidak menyebelah­i keluarga malang itu apabila jambatan berkenaan runtuh ketika mereka hanya beberapa meter dari kawasan selamat menyebabka­n ketiga-tiganya terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras.

Kejadian itu dirakam penduduk kampung dan tersebar di media sosial.

Saksi berkata: “Orang ramai terpaksa melarikan diri apabila rumah mereka semakin dinaiki air dan jambatan itu satu-satunya laluan yang menghubung­kan dua kampung kami.

“Beberapa orang sempat melintasi sebelum itu, malangnya jambatan berkenaan tidak dapat bertahan ketika keluarga terbabit menyeberan­ginya.

“Kami semua hanya mampu memandang apabila mereka bertiga dihanyutka­n arus.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia