Harian Metro

6 maut kerana bom lama

-

Enam penduduk kampung termasuk tiga kanak-kanak terbunuh semalam apabila bom era perang Amerika Syarikat (AS) meletup di kawasan pergununga­n di negara itu, lapor media semalam.

Menurut laporan awal, pihak berkuasa percaya bom itu meletup selepas penduduk kampung menemuinya di ladang mereka di wilayah Khanh Hoa.

“Kami percaya mereka cuba memotong bom dengan lapisan luar setebal 105 milimeter itu untuk melihat di dalamnya,” lapor VGPNews.

Setakat ini tiada ulasan daripada polis tempatan berhubung kejadian yang turut menyebabka­n dua penduduk kampung cedera dan memusnahka­n sebuah rumah di kampung Ta Luong.

Sejak berakhirny­a Perang Vietnam pada 1975, lebih 42,000 orang terbunuh manakala lebih 62,100 lagi cedera akibat bom yang tidak meletup yang dijatuhkan pesawat AS, menurut data kerajaan.

Kebanyakan letupan tercetus selepas disentuh secara tidak sengaja oleh penduduk kampung sama ada ketika bertani atau cuba mengambil sarung logam dan bahan letupan daripada bom itu.

Logam berkenaan boleh dijual manakala bahan letupan itu digunakan nelayan.

Menurut kerajaan, separuh daripada 15 juta tan bom yang dijatuhkan tentera AS masih tertanam di ladang dan hutan di seluruh wilayah tengah Vietnam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia