Harian Metro

UCAP TAKZIAH

- AFP

Ikon bola sepak yang sudah lama bermusuh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo (gambar) menyertai bintang sukan Sepanyol dan seluruh dunia melahirkan rasa kecewa serta sedih mereka terhadap serangan pengganas di Barcelona yang menyebabka­n 13 kematian.

Jalan terkenal di Barcelona, Las Ramblas dipenuhi pelancong apabila van merempuh orang ramai, menyebabka­n suasana huru-hara apabila ada yang mati dan cedera.

“Saya mahu mengucapka­n takziah dan sokongan saya terhadap semua keluarga dan rakan mangsa serangan di bandar raya yang kami sayangi Barcelona selain menolak secara keras sebarang bentuk keganasan,” tulis bintang Barcelona, Messi, 30, di Instagram.

“Kami tidak akan berputus asa, ramai lagi mahukan kami hidup dalam suasana aman, tanpa kebencian dan saling hormat menghormat­i serta bertimbang rasa adalah asas kepada keamanan,” ujar pemain Argentina itu yang tiba di ibu negara Catalunya itu ketika remaja 14 tahun lalu.

Kapten Real Madrid dari Portugal, Ronaldo menggunaka­n media sosial untuk melahirkan rasa terkejutny­a terhadap serangan itu yang menyebabka­n lebih 50 orang cedera.

“Sedih mendengar berita dari Barcelona. Semua sokongan dan perpaduan buat keluarga dan rakan mangsa,” tulisnya dalam Twitter.

Seperti Ronaldo dan Messi, atlet lain antaranya bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal dan pemain bola keranjang Paul Gasol meluahkan simpati terhdap mangsa menerusi media sosial.

Semua kelab bola sepak

 Messi, Ronaldo luah rasa sedih terhadap serangan pengganas

dalam divisyen satu dan dua Sepanyol akan bertafakur selama seminit sebagai menghormat­i mangsa apabila musim baru La Liga bermula awal pagi esok.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai meletakkan bunga dan bertafakur selepas serangan pengganas di Las Ramblas.
ORANG ramai meletakkan bunga dan bertafakur selepas serangan pengganas di Las Ramblas.
 ??  ?? MESSI
MESSI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia