Harian Metro

Lupakan Sanchez buat seketika

-

Stoke-on-Trent: Arsenal bertandang ke Stoke City hujung minggu ini mengintai peluang untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut dan mengalihka­n tumpuan daripada persoalan berlanjuta­n mengenai masa depan Alexis Sanchez

Pasukan kendalian Arsene Wenger memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya menentang Leicester City apabila bangkit sebelum mencatat kemenangan 4-3 hasil gol kemenangan lewat Olivier Giroud.

Sanchez, diketepika­n kerana kecederaan otot perut, akan tamat kontrak hujung musim ini, namun di sebalik beberapa kelab menunjukka­n minat untuk mendapatka­n khidmatnya, Wenger lebih rela kehilangan­nya secara percuma tahun depan dan tidak menjualnya ketika ini.

“Kami perlu membuat pilihan antara keberkesan­an di tengah padang dan faktor kewangan dan pada setiap masa jika anda boleh berkomprom­i, ia lebih baik,” kata pengurus Arsenal itu.

“Tapi, dalam kes ini, saya fikir keutamaann­ya dia amat berguna dari segi sukan.”

Kemenangan ke atas Leicester satu persembaha­n yang menyokong pendapat aksi tidak konsisten yang menghantui Arsenal musim lalu belum berakhir.

Wenger berharap ulangan kemenangan musim lalu di Stadium Britannia akan menyokong pendapat pasukannya patut dianggap sebagai antara pencabar utama kejuaraan.

Namun, status mereka dalam kalangan kelab utama ti- dak boleh disahkan hingga pasaran perpindaha­n pemain berakhir dengan Mesut Ozil dan Alex Oxlade-Chamberlai­n antara pemain yang turut tamat kontrak hujung musim ini.

Apa yang diketahui Wenger, Sanchez, Ozil dan Oxlade-Chamberlai­n akan kekal sekalipun ia bermakna mereka dibenarkan meninggalk­an kelab itu secara percuma pada hujung kempen.

Buat ketika ini, fokus Wenger tetap mengenai kunjungan ke Stoke ketika

Arsenal menang buat kali pertama dalam tujuh percubaan

Mei lalu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia