Harian Metro

Albion tolak tawaran City

-

London: West Bromwich Albion menolak bidaan Manchester City terhadap Jonny Evans kata pengurusny­a Tony Pulis .

“Mereka membuat tawaran dan kami menolaknya,” kata Pulis ketika sidang media menjelang kunjungan West Brom ke Burnley malam ini.

Laporan media Britain berkata City membuat bidaan sekitar £18 juta (RM99.5 juta) untuk Evans, 29, dari Ireland Utara.

“Kami tidak mahu menjual Jonny dan kami tidak mahu menjualnya,” kata Pulis. “Ia mungkin satu tawaran yang amat bagus.”

“Saya fikir setiap pemain perlu dijual pada harga yang sesuai. Mungkin sesuatu yang gila untuk mengatakan pasukan seperti West Brom tidak akan menjual jika kelab berminat melonggokk­an wang yang banyak di depan mata.”

Pengurus City Pep Guardiola mahu mengukuhka­n skuadnya di bahagian bek tengah selepas membelanja­kan lebih £200 juta (RM1.1 bilion) untuk pemain baru pada musim rehat liga.

Ketika Eliaquim Mangala tidak lagi mendapat perhatian di Stadium Etihad, Guardiola hanya mempunyai John Stones, Nicolas Otamendi dan kapten Vincent Kompany yang sering mengalami kecederaan.

Evans beraksi dengan skuad remaja Manchester United dan menang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Piala Liga di Old Trafford sebelum djual ke West Brom oleh Louis van Gaal pada 2015.

Dia dilantik kapten West Brom pada Julai selepas Darren Fletcher, seorang lagi bekas pemain United menyertai Stoke City. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia