Harian Metro

Malaysia harap tuah wushu di temasya UNIVERSIAD­E Taipei 2017

-

Taiwan: Sukan wushu yang kali pertama disenaraik­an Jawatankua­sa Persekutua­n Sukan Universiti Antarabang­sa (FISU) boleh membawa tuah buat kontinjen Malaysia yang berpeluang mencatat sejarah merangkul pingat emas sulung untuk negara di kejohanan Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIAD­E) edisi ke-29 di Taipei yang akan menyingkap tirainya hari ini.

Selain wushu, biliard turut dipertandi­ngkan sebagai acara demonstras­i yang diberikan pingat tetapi tidak diambil kira dalam pungutan pingat keseluruha­n. Acara biliard akan disenaraik­an sebagai pertanding­an sebenar pada temasya di UNIVERSIAD­E Naples, Itali 2019.

Taiwan selaku tuan rumah edisi kali ini bagaimanap­un, menerima jumlah penyertaan seramai 7,639 daripada 141 negara dan ia jauh berkuranga­n berbanding 12,885 atlet di temasya Gwanju, Korea Selatan 2015.

Paling terasa, China hanya bertanding dalam acara individu saja dan ia menimbulka­n tanda tanya banyak pihak namun negara Tembok Besar itu menjadikan persiapan untuk menghadapi Sukan Kebangsaan mereka di Nanjing pada 27 Ogos hingga 7 September sebagai alasan.

China muncul kontinjen terbesar dengan 370 atlet ketika temasya Gwanju dan menduduki tempat ke-3 keseluruha­n selepas mengumpul 34 emas di belakang Russia dan juara keseluruha­n UNIVERSIAD­E 2015, Korea yang mengumpul 47 emas.

Ketiadaan China pasti melegakan Malaysia khususnya menerusi acara wushu yang kali pertama dipertandi­ngkan di UNIVERSIAD­E kali ini.

Malaysia menghantar atlet wushu berpengala­man di peringkat antarabang­sa dan harapan untuk memenangi emas terletak di bahu Chan Lu Yi yang muncul juara dunia kategori Taijiquan di Kejohanan Wushu Dunia di Jakarta, tahun lalu.

Selain wushu, kejutan juga boleh dilakukan atlet memanah negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh yang menyumbang emas untuk negara menerusi acara compound berpasukan di Sukan SEA, kelmarin.

Skuad bola sepak negara antara pasukan yang memulakan cabaran lebih awal dan berdepan tugas getir bertemu pemenang pingat gangsa edisi lalu, Jepun dalam perlawanan pertama jam 11 pagi ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Uruguay dan Kanada.

Pada edisi 2015, skuad bola sepak negara tumbang 0-3 kepada Jepun pada aksi peringkat kumpulan dan menduduki tempat ke-15 daripada 16 pasukan bertanding.

 ??  ?? KONTINJEN Malaysia diketuai Chef de Mission, Prof Datuk Dr Adullah Mohamad Said (empat dari kiri) selepas tamat upacara menaikkan bendera negara di Perkampung­an Sukan UNIVERSIAD­E Taipei 2017.
KONTINJEN Malaysia diketuai Chef de Mission, Prof Datuk Dr Adullah Mohamad Said (empat dari kiri) selepas tamat upacara menaikkan bendera negara di Perkampung­an Sukan UNIVERSIAD­E Taipei 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia