Harian Metro

Irfan alami cedera buku lali

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kontinjen olahraga negara ke Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017) menerima khabar duka apabila atlet harapan acara lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin

mengalami kecederaan terseliuh buku lali.

Kecederaan dialaminya tiga hari lalu itu turut menyebabka­n pemenang perak Kejohanan Trek dan Padang

(gambar)

Asia di India bulan lalu, terpaksa melepaskan tugas sebagai pembawa obor pada hari pembukaan yang akan berlangsun­g hari ini bagi mengelakka­n kecederaan lebih serius.

Tahap kecederaan pemenang dua emas temasya Myanmar dan Singapura itu bagaimanap­un masih lagi dalam pemantauan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum acaranya bermula 22 Ogos ini.

“Saya tiada pilihan dan terpaksa menarik dari sebagai pembawa obor pada hari perasmian.

“Saya harap kecederaan ini akan pulih sebelum acara saya bermula minggu depan,” katanya.

Biarpun mengakui amat kecewa dengan apa yang berlaku itu, pemegang rekod Asia Tenggara dengan jarak 62.55 meter itu masih menaruh harapan untuk beraksi di tanah air sendiri.

“Saya masih positif dan yakin kecederaan ini akan sembuh dan kembali seperti biasa,” katanya.

Irfan berpeluang cerah untuk menjadi atlet pertama yang mampu menyumbang­kan emas dalam acara olahraga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia