Harian Metro

NAAM optimis raih lima emas

-

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menaruh harapan sasaran empat emas mampu diatasi berdasarka­n semangat tinggi dipamerkan barisan pemanah negara.

NAAM kini semakin optimis untuk mencapai lima emas dengan harapan disandarka­n kepada barisan pemanah recurve negara.

Skuad compound mengakhiri cabaran dengan menepati sasaran apabila melengkapk­an emas ketiga sebentar tadi menerusi acara campuran selepas cemerlang dalam berpasukan lelaki dan wanita semalam.

Presiden NAAM, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, walaupun terlepas dua emas acara individu, pencapaian diraih pemanah compound amat menggembir­akan.

“Kita masih ada lima acara dalam acara recurve dan potensi untuk menambah dua emas cerah,” jelasnya.

Acara individu lelaki yang diketuai pemanah Olimpik Khairul Anuar Mohamad dan berpasukan dilihat mempunyai potensi tinggi menghadiah­kan emas untuk negara.

Saingan recurve akan bermula di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) esok.

 ??  ?? MOHD Johari
MOHD Johari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia