Harian Metro

Semangat berpasukan dorong capai tiga emas

-

Jurulatih compound negara, Muhammad Zaki Mahzan menyifatka­n semangat berpasukan tinggi mendorong anak buahnya mencapai sasaran tiga emas ditetapkan.

Pemanah compound negara menerusi gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh meraih emas ketiga dalam acara campuran selepas kejayaan dalam acara berpasukan lelaki dan wanita.

Ia melengkapk­an sasaran ditetapkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selain satu perak dan satu gangsa yang masing-masing diraih Juwaidi dan Fatin Nurfatehah dalam acara individu.

“Mereka sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, sebab itu semangat berpasukan pemanah kita sentiasa tinggi.

“Itu antara faktor yang saya fikir memainkan peranan selain semangat untuk berjaya yang tinggi membantu pencapaian kali ini,” jelasnya.

Walaupun gagal mengulangi empat emas seperti dua tahun lalu, Zaki menjelaska­n ia tidak menimbulka­n sebarang masalah kerana sasaran tiga emas sudah dicapai. “Hari pertama (acara individu) fokus atlet mungkin terganggu disebabkan banyak faktor. Namun atlet perlu salahkan diri sendiri.

“Kemudian kita bangkit pada hari kedua selepas memperbetu­lkan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Akhirnya sasaran berjaya dicapai,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia