Harian Metro

Tiada pemain cedera

-

Shah Alam: Jurulatih skuad bawah 22 tahun B-22) Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan tahap kecergasan tiga tonggak pertahanan menjelang pertemuan menentang Myanmar dalam kempen Kumpulan A di Stadium Shah Alam Isnin ini.

Kim Swee menerapkan formasi 3-4-3 dalam dua perlawanan awal ketika menewaskan Brunei dan Singapura dengan keputusan 2-1 yang menyaksika­n tiga pemain pertahanan Adib Zainuddin, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin sudah beraksi lebih 180 minit.

Bagaimanap­un bekas pengendali Harimau Malaya itu percaya pemainnya memiliki tempoh rehat yang cukup untuk kembali di tahap terbaik sebelum berdepan Myanmar.

“Tiada pemain yang dilaporkan cedera ketika ini. Adib, Irfan dan Adam sedikit keletihan selepas beraksi dalam dua perlawanan tapi itu bukan masalah kerana kita ada tempoh rehat mencukupi,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Kim Swee sudah menggunaka­n kesemua 20 pemainnya termasuk pemain paling muda Akhyar Rashid yang masuk pada 10 minit terakhir ketika bertemu Singapura melainkan pemain pertahanan Syazwan Zaipol masih tidak diuji.

Kemenangan ke atas Myanmar cukup penting untuk menjamin tempat ke separuh akhir serta berpeluang untuk muncul juara kumpulan namun ia bukan tugas mudah menentang skuad naib juara edisi terakhir di Singapura itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia