Harian Metro

‘Contohi semangat Kevin’

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

Putrajaya: Atlet acara renang perairan terbuka lelaki 10km, Kevin Yeap berjaya menidakkan ramalan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama, sekali gus memberikan emas kelima negara semalam.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Shapawi Ahmad yang menyifatka­n keazaman Kevin perlu dijadikan contoh buat atlet negara dalam melakar kejayaan.

“Terus terang, untuk acara ini, kami hanya meletakkan sasaran satu emas menerusi kategori wanita dan tidak lelaki.

“Ini berdasarka­n keadaan prestasi semasa Kevin sebelum ini selain hanya berjaya mendapat tempat ketiga temasya lalu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini, semalam.

Shapawi berkata, bagaimanap­un, Kevin berjaya membuktika­n ramalan MSN itu salah sekali gus membuat kejutan membawa pulang emas buat negara.

“Ini kejayaan berganda kita apabila berjaya mengunggul­i kedua-dua kategori hari ini (semalam).

“Kevin berjaya membuktika­n kepada rakyat Malaysia bahawa dia juga seorang juara,” katanya.

Kevin muncul juara dengan catatan masa 2 jam 3 minit, mengalahka­n peserta Thailand, Peerapat Lertsathap­ornsuk, di tempat kedua dan perenang Indonesia, Aflah Fadlan Prawira bagi gangsa.

Heidi pula menepati ramalan untuk memenangi emas mengalahka­n sembilan peserta wanita termasuk rakan senegara, Angela Chieng Chui Fei yang menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Perak pula dimenangi Benjaporn Sriphanomt­horn (Thailand) manakala Chantal Liew Li-Shian (Singapura) gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia