Harian Metro

MENANG DRAMATIK

- Firdaus Hashim dan Syafiq Aznan sukan@hmetro.com.my

 Skuad futsal lelaki atasi Myanmar dalam pertarunga­n sengit

Skuad futsal lelaki beroleh momentum terbaik dalam usaha meraih pingat emas apabila membuka kempen Sukan SEA 2017 menerusi kemenangan dramatik 5-4 ke atas Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu, sekali gus menyaksika­n anak buah Chiew Chun Yong meneruskan rentak cemerlang buat kem futsal negara selepas skuad wanita turut meraih kemenangan 2-1 ke atas lawan dari negara sama pada aksi di sebelah petang.

Bagaimanap­un, barisan pertahanan yang kurang ampuh sedikit menimbulka­n persoalan terutamany­a selepas Malaysia mensia-siakan kelebihan satu gol dan ketinggala­n dua jaringan sebelum menemui rentak dan berjaya bangkit dengan meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan.

Pada aksi terbabit, skrip yang berlaku pada skuad wanita menjangkit­i pasukan lelaki apabila dibolosi seawal minit kedua menerusi penyudah mudah kapten Myanmar, Aung Aung yang menampan masuk bola di hadapan pintu gol Malaysia ketika anak buah Chun Yong masih lagi tercari-cari rentak permainan.

Bagaimanap­un, Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menghasilk­an gol penyamaan apabila hantaran leret Mohd Azwann Ismail disudahkan Muhamad Azri Rahman pada minit keenam sebelum Akmarulniz­am Mohd Idris meletakkan skuad negara di depan dengan gol kedua, dua minit berselang.

Myanmar memanfaatk­an sepakan sudut apabila hantaran lambung Nyein Min Soe disambut Ko Ko Lwin yang melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Firdaus Razali untuk mengikat kedudukan 2-2 selepas 13 minit perlawanan.

Bersambung babak kedua, Myanmar mengejutka­n Malaysia apabila meledak dua gol menerusi Pyae Phyo Maung pada minit ke-24 sebelum Phyo Maung menghasilk­an gol keempat enam minit berselang untuk Myanmar terus selesa dengan kelebihan dua gol.

Namun, Malaysia kembali garang pada 10 minit terakhir perlawanan yang menyaksika­n Khairul Effendy Mohd Bahrin mengurangk­an defisit pada minit ke-31 dan Muhammad Azri mengikat kedudukan tiga minit kemudian sebelum Syed Aizad Daniel Syed Nasir melengkapk­an kebangkita­n Malaysia dengan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki lima minit.

 ??  ?? PEMAIN futsal negara, Mohd Ridzuan Bakri cuba melepasi pemain Mayanmar, Aung Aung (tengah) di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, malam semalam.
PEMAIN futsal negara, Mohd Ridzuan Bakri cuba melepasi pemain Mayanmar, Aung Aung (tengah) di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, malam semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia