Harian Metro

Skuad bola jaring ratah Filipina

- Aida Adilah Mat dan Jumiati Rosly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan bola jaring Malaysia mudah membenam Filipina apabila berpesta jaringan 96-11 dalam perlawanan keempat, sekali gus mengesahka­n tiket ke separuh akhir selaku pendahulu pusingan kelayakan.

Pasukan negara tidak mensia-siakan peluang mengumpul sebanyak mata dalam saingan suku pertama dengan mengumpul 26-2 diikuti 24-2, 25-3 dan 21-4 pada suku berikutnya.

Malaysia menamatkan saingan pusingan kelayakan dengan merekodkan kejayaan pada keempat-empat perlawanan apabila mengumpul lapan mata dengan kemenangan menundukka­n Filipina itu mencatatka­n sebagai jaringan terbesar pada temasya kali ini.

Ketika mengulas mengenai kemenangan semalam, Nur Farihah Abdul Razak yang beraksi di posisi WA (wing attack) dan C (center) berkata, skuad negara tidak memandang rendah setiap pasukan dan tetap turun memberikan yang terbaik.

“Setiap kali kami beraksi memang kami sudah terapkan untuk memberi aksi terbaik dan tidak boleh mengambil mudah pihak lawan.

“Begitu juga untuk perlawanan separuh akhir nanti. Tidak kira pasukan mana yang akan ditemui kami tetap mahu menang,” katanya yang mengharapk­an kehadiran penonton untuk hadir memberi sokongan.

Pasukan negara yang diletakkan sandaran emas bagi membaiki kekecewaan temasya lalu apabila tewas kepada Singapura di final, dijangka bertemu pasukan tempat empat, Brunei dalam perlawanan separuh akhir yang dijadualka­n hari ini.

Thailand bagaimanap­un berkongsi empat mata dengan pasukan di tempat kedua, Singapura apabila dibezakan menerusi jumlah jaringan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia