Harian Metro

FOKUS DUET PULA

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

 Hua Wei, Zylane mahu lupakan duka gagal raih emas kedua

Gan Hua Wei mengalirka­n air mata apabila dia dan Zylane Lee gagal memenangi pingat emas kedua buat Malaysia dalam acara renang berirama di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Hubungan Hua Wei, 18, dan Zylane bagaikan adik beradik, malah Hua Wei berazam mahu memenangi emas dalam acara rutin teknikal duet.

Hua Wei memenangi acara rutin teknikal solo kelmarin manakala Zylane meraih perak dalam acara disiplin bebas.

Gandingan Malaysia yang menerima sorakan gemuruh keluarga dan peminat ‘menari’ mengikut irama ‘Strength of a Thousand Men’ yang diterbitka­n oleh Two Steps From Hell, namun mereka sekadar mengutip 74.3659 mata untuk pingat perak, ketinggala­n hanya 0.8132 mata.

Debbie Soh-Miya Yong memenangi pingat emas kedua Singapura dengan 75.1791 mata, manakala gandingan Indonesia Anisa Feritriant­i-Claudia Megawati Suyanto, gangsa dengan 68.9504.

Satu lagi gandingan Malaysia iaitu Chai Jia Yue-Wong Mei Teng di tangga keempat dengan 68.9187 mata keseluruha­n.

Kegagalan Hua Wei-Zylane adalah yang pertama buat Malaysia dalam acara teknikal duet selepas berjaya pada edisi Indonesia 2011 dan Singapura 2015.

“Saya benar-benar mahu kami menang emas hari ini. Kami sudah lakukan yang terbaik, tetapi ini adalah sukan subjektif dan pengadil yang memutuskan kiraan mata. Bagaimanap­un, ia pungutan mata terbaik kami musim ini.

“Kami mungkin tewas kepada Singapura hari ini, tetapi kami akan berjuang dalam acara duet bebas dan berpasukan Ahad nanti (esok).

“Kami saling menyokong satu sama lain dan saya mahu melihat kami bersama-sama di puncak podium hari ini, tetapi ia tidak menjadi,” kata Hua Wei.

 ?? AIZUDDIN SAAD ?? ZYLANE (kanan) dan Hua Wei raih perak acara renang berirama dalam rutin Duet Teknikal di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.
AIZUDDIN SAAD ZYLANE (kanan) dan Hua Wei raih perak acara renang berirama dalam rutin Duet Teknikal di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia