Harian Metro

Dangda permata Asia Tenggara

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Hari ini bakal berlangsun­gnya upacara perasmian temasya terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA di Kuala Lumpur dan antara acara yang menjadi tumpuan ialah bola sepak, yang melahirkan ramai bintang ternama termasuk penyerang dari Thailand, Teerasil Dangda.

Tidak seperti Asia Timur iaitu Jepun, Korea Selatan dan China, mereka sudah melahirkan ramai bintang yang berjaya dieksport ke Eropah dan Dangda mungkin boleh diklasifik­asikan sebagai satu dalam seribu pemain dari Asia Tenggara mampu menambat hati kelab di sana.

Dia yang mula beraksi secara serius pada usia 15 tahun (bersama Assumption College Thonburi) berjaya menambat hati beberapa pasukan di Eropah seperti Manchester City, Grasshoppe­r Zurich II dan Almeria.

Peminat bola sepak di Asia Tenggara sudah mengetahui kelebihan yang dimiliki Dangda, iaitu penyerang yang akan mengutip bola di bahagian tengah ataupun membantu barisan berkenaan ketika lawan cuba melakukan serangan.

Dangda yang pernah membantu Thailand memenangi pingat emas Sukan SEA pada 2007 di Korat, juga mempunyai kelebihan untuk beraksi di bahagian tengah dan sayap.

Antara kemahiran individu yang dimilikiny­a ialah kualiti ketika memegang bola dan pantas, berkemahir­an tinggi serta mempunyai perancanga­n rapi ketika cuba melakukan serangan seterusnya membantuny­a menjaringk­an gol atau melakukan hantaran kemas kepada rakan sepasukan.

Tanpa bapanya, Prasit Dangda mungkin dia tidak akan berjaya di dalam bola sepak kerana, individu berkenaan yang mengajarny­a bersama adiknya, Taneekarn Dangda untuk menjadi pemain ternama di peringkat antarabang­sa dengan menyertai pelbagai kejohanan besar.

Prasit yang pernah beraksi bersama Royal Thai Air Force memberi galakkan kepada Dangda meminati bola sepak seawal usia tujuh tahun.

”Sebenarnya saya dan adik, perlu berterima kasih kepada bapa kami, kerana dia kami berjaya sampai ke tahap ini,” katanya yang turut memulakan karier bersama Royal Thai Air Force sebelum berpindah ke Raj Pracha dan Muangthong United.

Ketika City dimiliki ahli perniagaan dan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra Dangda bersama Suree Sukha Kiatprawut Saiwaeo, dipelawa menyertai sesi ujian di kelab berkenaan namun berdepan masalah permit pekerja sebelum dipinjamka­n ke Grasshoppe­r Zurich.

”Ia banyak membantu saya ketika di City (walaupun tidak pernah beraksi). Saya meraih pengalaman sangat berharga. Setidaktid­aknya mengubah saya menjadi seorang pemain amatur kepada profesiona­l. Saya nampak hala tuju dan belajar banyak perkara untuk memperbaik­i diri saya sendiri.

”Saya juga berjaya menyesuaik­an diri dengan corak disiplin dan mentaliti di Eropah. Saya belajar bagaimana untuk sentiasa berasa yakin ketika melakukan teknik dan kemahiran di atas padang seterusnya, berjaya memecahkan tradisi corak di Asia. Apabila pulang ke Thailand, saya sedar hanya perlu memikirkan bagaimana untuk bermain bola sepak dan tidak memikirkan berapa umur saya ketika itu,” katanya yang menjadi pemain pertama beraksi di La Liga ketika dipinjamka­n ke Almeria.

 ??  ?? MEMBANTU Muangthong menentang kelab dari Australia, Brisbane Roar di Liga Juara-Juara Asia.
MEMBANTU Muangthong menentang kelab dari Australia, Brisbane Roar di Liga Juara-Juara Asia.
 ??  ?? PROFIL
Nama penuh: Teerasil Dangda
Tarikh lahir: 6 Jun 1988 Tempat lahir: Bangkok, Thailand
Tinggi: 1.81m
Posisi: Penyerang Kelab semasa: Muangthong United Nombor jersi: 10 Pasukan kebangsaan: Thailand (87 caps, 40 gol)
PROFIL Nama penuh: Teerasil Dangda Tarikh lahir: 6 Jun 1988 Tempat lahir: Bangkok, Thailand Tinggi: 1.81m Posisi: Penyerang Kelab semasa: Muangthong United Nombor jersi: 10 Pasukan kebangsaan: Thailand (87 caps, 40 gol)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia