Harian Metro

Pertarunga­n jurulatih tempatan dan asing

-

N Kuppan, jurulatih berasal dari Pulau Pinang, memenangin­ya pada 1977 di Stadium Merdeka.

Kilauan emas acara bola sepak yang gemar digembarge­mbur sebagai “ibu segala pingat emas” sememangny­a menjadi idaman 11 pasukan negara Asia Tenggara, setelah kemasukan Indonesia dan Filipina pada 1977 serta Timor Leste pada 2001.

Trevor Hartley dari England adalah jurulatih import terakhir yang yang membimbing kejayaan emas bola sepak negara pada Sukan SEA 1989 di Malaysia. Malangnya, rakan senegara Hartley, Allan Harris kempunan pada pentas final 2001 apabila tumpas 1-0 di tangan Thailand menerusi gol sendiri pada lewat permainan.

Hartley yang anehnya dipecat selepas kejayaan 1989, menyamai pencapaian jurulatih dari Jerman, KarlHeinz Weigang membimbing Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan rakan-rakan merangkul emas Sukan SEA 1979.

Tidak dinafikan nilai pingat emas acara bola sepak Sukan SEA menjadi matlamat semasa negara Asia Tenggara, dari edisi Sukan SEAP 1959 sebelum dihadkan kepada pemainpema­in bawah 23 tahun pada 2001.

Namun hakikatnya, negara Asia Tenggara masih bergelut untuk mencapai kualiti permainan bertahap benua Asia.

Justeru, dalam keghairaha­n aksi Sukan SEA, diharapkan pemerhati dan peminat bola sepak Asia Tenggara tidak dikaburi dengan realiti bahawa jurang di peringkat Asia tidak boleh diperbaiki dengan kilauan pingat emas Sukan SEA.

Peranan jurulatih asing dalam kalangan negara Asia Tenggara perlu diperhalus­i untuk bersesuaia­n dengan program pembanguna­n masing-masing bagi mencapai misi yang lebih terancang bagi tujuan jangka panjang.

Kemboja, Myanmar, Singapura dan Brunei antara negara yang meletakkan misi memburu pingat acara bola sepak pada

Kuala Lumpur 2017 dengan khidmat jurulatih import. Dalam situasi semasa,

Thailand, dengan jumlah rekod 15 pingat emas bola sepak, adalah negara terbaik Asia Tengara tetapi masih mengakui jurang yang agak besar apabila bertanding di peringkat kelayakan akhir Piala Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

”Saya gembira Thailand berjaya muncul juara. Tetapi, kita perlu sedar bola sepak kita tidak boleh sekadar ghairah di peringkat Asia Tenggara. Saya harap, pasukan seperti Malaysia, Vietnam, Singapura dan lainlain akan sama-sama menaikkan martabat bola sepak antarabang­sa,” kata

Kiatisuk Senamuang selepas membimbing pasukan Thailand menjuarai Piala AFF 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hajat peribadi Kiatisuk sudah tentunya turut menjadi pegangan Thailand biarpun cabaran mereka pada Kuala Lumpur 2017 ini diletakkan di atas bahu bekas rakan sepasukann­ya, Worawoot Srimaka.

Biarpun ramai jurulatih import sentiasa mengintai kesempatan melatih pasukan Asia Tenggara, peranan jurulatih tempatan seperti Worawoot dan Kim Swee juga ditagih untuk meningkatk­an kualiti bola sepak rantau ini.

Diharapkan kerancakan bola sepak Sukan SEA ke29 akan turut menyajikan aksi yang lebih bermutu, tidak kiralah daripada idea jurulatih import mahupun tempatan. Malaysia dan Thailand ke final? Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia