Harian Metro

SYAFIQ NAK JADI PELAKON

-

Atlet bertukar status menjadi pelakon bukan perkara baru. Nama besar dalam lakonan seperti Arnold Schwarzene­gger dan Dwayne Johnson (The Rock) terlebih dahulu mencipta nama dalam sukan sebelum menceburi bidang lakonan.

Di Malaysia, beberapa orang atlet juga pernah mencuba bakat dalam lakonan. Antaranya adalah bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dan pemenang pingat emas acara silat Sukan SEA dan dunia, Ruzaidi Abdul Rahman.

Malah, Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam filem ‘Mekanik’ arahan Hafsham, lakonan Azmil Mustapha.

Walaupun gagal meninggalk­an impak sebagaiman­a Arnold dan The Rock tetapi sekurangku­rangnya mereka boleh berbangga kerana pernah bergelar pelakon.

Spy Bola menulis mengenai hal ini selepas terbaca berita bahawa pemain bola sepak Kedah dan Bawah 22 Tahun kebangsaan, Syafiq Ahmad berminat menceburi bidang lakonan.

Syafiq juga mendedahka­n dia adalah peminat pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan kerana hero pujaannya itu mampu membawa pelbagai watak.

Sebenarnya kalau melihat pada rupa serta tubuhnya, Syafiq memiliki ciri-ciri seorang pelakon. Pendek kata penampilan­nya setara Fattah Amin. Cuma tidak tahulah sejauh mana bakatnya dalam lakonan.

Penerbit drama atau filem mungkin sudah boleh merangka satu skrip mengenai kehidupan pemain bola dengan Syafiq menjadi heronya. Pelakon wanita pula Spy Bola cadangkan Janna Nick. Tajuknya ‘Pakwe Ku Si Pemain Bola’. Amacam? Spy Bola yakin pasti meletup!

Spy Bola: Nak bawa watak wartawan sukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia