Harian Metro

SAFAWI SUDAH BUKTIKAN!

-

Selepas dua perlawanan diharungi skuad Bawah 22 Tahun negara (menentang Brunei dan Singapura), sudah terang lagi bersuluh mengapa jurulatih Datuk Ong Kim Swee tetap memilih penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid walaupun ramai penyokong yang memberi respons negatif bila namanya disenaraik­an.

Pada Spy Bola, Safawi adalah pemain yang paling konsisten setakat ini. Selain menjaringk­an gol cantik ketika mengalahka­n Brunei

2-1, Safawi banyak menggerakk­an jentera serangan termasuk ketika kita mengalahka­n Singapura 2-1, Rabu lalu.

Rasanya peminat bola sepak terutama yang mengkritik Safawi kerana tidak bersama skuad itu ke kelayakan Kejohanan AFC B-22 baru-baru ini sudah mampu memaafkan dia selepas prestasi yang ditunjukka­n pemain itu.

Malah, Spy Bola tidak terkejut jika Safawi adalah antara pemain

B-22 yang akan menjadi pilihan jurulatih, Nelo Vingada untuk mengisi posisi penyerang skuad kebangsaan.

Begitu juga dengan Matthew Davies, Adam Nor Azlin dan Azam Azih yang kelihatan semakin matang permainan mereka.

Cuma pemain seperti N Thanabalan, Syafiq Ahmad dan S Kumaahran perlu lebih konsisten jika mahu turut memikat hati Vingada.

Spy Bola: Nak pikat Dr Vida!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia