Harian Metro

Makin laris lepas berhijab

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bagaikan sudah menjadi trend dalam bidang hiburan tanah air apabila ramai artis wanita popular tampil berhijab dan menceburi bisnes berkaitan produk Muslimah ketika ini.

Malah, selepas berhijab nama mereka semakin laris dan rezeki juga tidak pernah putus dalam bidang seni.

Antara artis popular yang semakin laris selepas berhijab ialah Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa, Rozita Che Wan dan Erra Fazira.

Kolum Cuit Sikit Bling! minggu ini menemu bual barisan artis untuk berkongsi pandangan mereka mengenai isu ini.

Rata-rata mereka mengakui selepas berhijab, nama seseorang artis itu semakin laris dan popular sama ada dalam bidang seni mahupun produk bisnes Muslimah diceburi.

Namun, ada juga segelintir artis yang mendakwa nama mereka semakin suram dan kurang mendapat tawaran berlakon selepas berhijab. “Selepas berhijab, rezeki semakin murah dan saya juga sudah tahu hala tuju dalam industri seni tanah air.

Jika sebelum ini, saya hanya fokus pada undangan persembaha­n saja tapi sekarang cabang rezeki dalam bidang seni semakin berkembang dengan tawaran menjadi model tudung dan fesyen Muslimah.

Secara peribadi, saya berasa lebih tenang selepas berhijab. Apabila kita perbaiki hubungan dengan Allah, apa jua gosip, dugaan dan kritikan dalam bidang seni dilihat dari sudut yang positif.

Saya juga memiliki lebih ramai kawan, peminat dan pengikut di laman Instagram juga meningkat selepas berhijab.

Jika dulu, saya hanya menyanyi lagu cinta tapi sekarang juga selitkan lagu kerohanian dalam persembaha­n.

Rezeki saya juga murah selepas program Gegar Vaganza dan niat saya menyertai program itu bukan untuk mengejar glamor sebaliknya ingin membantu keluarga.

Bagi artis yang kurang dapat tawaran berlakon atau persembaha­n selepas berhijab, mungkin belum rezeki mereka.

Jangan berputus asa sebaliknya banyak berdoa, usaha dan tawakal, insya-Allah rezeki mereka ada dalam bidang seni.”

ROZITA CHE WAN

“Bagi saya rezeki dalam bidang seni bukan sebab artis itu bertudung atau tidak kerana semuanya adalah dari Allah SWT.

Rezeki seseorang artis itu juga bergantung kepada bagaimana mereka menjenamak­an diri apabila sudah berhijab. Selepas berhijab, artis perlu tampil lebih menarik dan tidak selekeh.

Alhamdulil­lah, rezeki saya tidak putus apabila berhijab. Cuma apabila kita sudah berusia bukan semua produk dan watak sesuai untuk dilakonkan.

Bagaimanap­un, orang lebih menghormat­i kita apabila sudah berhijab. Apabila kita memutuskan untuk tampil berhijab kerana Allah, insya-Allah kita akan lebih istiqamah. Oleh itu, tidak ada alasan untuk kita menipu diri sendiri dan sebagainya untuk berhijab.

Pada pandangan saya, segelintir artis yang berhijab kurang dapat tawaran berlakon bukan sebab tudung di kepala tetapi mungkin kerana kurang berdoa dan berusaha.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia