Harian Metro

Hati nora tersentuh

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Bangga ada generasi muda menyukai filem lakonannya, Sikit Punya Gila

Hati pelakon era 80-an, Datin Nora Shamsuddin, 58, pasti terusik setiap kali filem lakonannya, Sikit Punya Gila disiarkan di televisyen.

Apabila menonton, kenangan bersama rakan pelakon lain ketika di lokasi penggambar­an filem ini terus berputar di ingatannya.

Nora seronok kerana

Sikit Punya Gila yang turut menampilka­n pelakon

Norlia Ghani menjadi pilihan kerap ditayangka­n buat penonton.

Namun, pada masa sama, hatinya tersentuh kerana tiada apa-apa pulangan berbentuk royalti yang diperoleh mereka berbanding penyiaran lagulagu yang dimainkan di radio yang dibayar royalti.

“Rasanya filem ini memang kerap diulang siar di satu saluran TV. Tak silap saya filem ini sendiri dah berusia 35 tahun dan ketika berlakon usia saya baru 21 tahun.

“Dalam sebulan, ia pasti ditayangka­n. Kalau dikalikan dengan 35 tahun, rasanya tayangan dah mencecah ratusan kali,” katanya.

Nora berkata, sekiranya industri perfileman tempatan seperti Hollywood sudah tentu pelakon veteran sepertinya dan yang lain hidup senang.

“Kita tiada akta yang digubal ke arah itu, jadi tayanglah banyak kali pun saya tetap tak dapat apa-apa. Cuma yang seronoknya, kita dapat tengok balik jiwa dan rupa ketika muda.

“Saya pula banyak berlakon filem komedi dan yang serius hanya beberapa filem sahaja,” katanya.

Kata Nora, dia gembira dan bangga kerana ada juga dalam kalangan generasi muda menyukai filem ini.

“Mereka suka sangat tengok babak kelakar yang ditampilka­n. Ada dalam kalangan mereka baru lahir ketika filem ini diterbitka­n.

“Inilah kehebatan orang lama. Saya amat berharap pihak berkuasa dapat mencipta atau menggubal satu akta royalti agar kami rasa dihargai,” katanya.

TERINGIN BERLAKON

Mengimbas perjalanan seninya, Nora mula berlakon filem pertama, Potret Maria ketika usianya 21 tahun. Populariti­nya pantas bergerak apabila terus ditawarkan berlakon menerusi pelbagai filem lain, Sikit Punya Gila, Dendam Dari Pusara, Darah Satria, Potret Maria, Sepi Itu Indah, Aku Yang Berhormat dan Mama Oh Mama. seniwati mak Neng Yatimah di bawah produksi arwah Datuk Mustapha Maarof. Waktu itu anak kedua saya baru meninggal,” katanya.

Nora yang berkahwin dengan Datuk Abdul Rashid Maidin hidup bahagia bersama tiga anak, Noor Laurent, Mohd Waris dan Nor Zarith Akmal serta seorang cucu.

Seiring dengan usia, dia banyak menghabisk­an masa dengan aktiviti mengaji dan melebihkan amal ibadat bagi mengejar apa yang tertinggal.

“Saya juga ada menguruska­n perniagaan dan insya-Allah akan keluarkan produk kesihatan tak lama lagi. Saya pernah ada syarikat produksi sendiri satu ketika dulu dan menghasilk­an program berbentuk majalah untuk stesen TV,” katanya.

Nora akui pernah menerima tawaran berlakon sebagai pelakon undangan untuk drama Isteri Isteri Ayah, tetapi terpaksa ditolak kerana keadaan kesihatan kurang mengizinka­n.

“Saya mengalami batukbatuk ketika itu. Saya nak berlakon sekiranya ditawarkan watak sesuai dan lokasi bersesuaia­n sekitar Kuala Lumpur.

“Bukan apa, kadangkala rindu juga nak berlakon. Tambah lagi darah seni masih mengalir dalam tubuh saya,” katanya.

Sesekali perasaan rindu terhadap kawan lama menjelma dan

Nora bersyukur dapat bertemu mereka sekiranya dijemput hadir ke majlis hiburan.

“Kalau berlakon semula dapatlah rasa suasana ketika di lokasi. Kalau ada penerbit nak tawarkan saya terima. Tapi, mana mungkin ada tawaran untuk pelakon seusia saya.

“Beza dulu dan sekarang sangat banyak terutama bab disiplin. Kami dibayar untuk berlakon dan perlu hormat penerbit yang keluarkan kos.

“Dulu tak mewah berbanding sekarang. Kalau berlakon drama bersiri atau filem pun dapat bayaran lumayan,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA Nassier Wahab (kanan).
BERSAMA Nassier Wahab (kanan).
 ??  ?? BABAK filem Sikit Punya Gila.
BABAK filem Sikit Punya Gila.
 ??  ?? NORA turut berlakon dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
NORA turut berlakon dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
 ??  ?? WAJAH terbaru Nora
WAJAH terbaru Nora

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia