Harian Metro

Emma aktres paling kaya

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kebanyakan wangnya datang daripada hasil kejayaan filem La La Land

Tahun ini sememangny­a paling bertuah buat aktres Emma Stone, 28. Daripada bintang remaja Jonah Hill, kini dia pemenang anugerah Oscar.

Kejayaan filem La La Land begitu luar biasa. Kesudahann­ya, poket pelakon itu semakin tebal hasil keberhasil­an filem berkenaan.

Bagaimanap­un, lebih mengejutka­n dia kini menjadi aktres paling tinggi pendapatan­nya di Hollywood. Majalah terkenal dunia Forbes sendiri menyenarai­kan Emma pada kedudukan pertama.

Sekali gus berjaya merampas takhta Jennifer Lawrence yang terdahulu unggul sebagai aktres paling tinggi pendapatan selama dua tahun berturut-turut.

Untuk 2016 dan 2017, Emma meraih pendapatan sebanyak lebih RM112 juta mendahului Jennifer Aniston di tempat kedua dengan jumlah RM110 juta. Sementara Jennifer Lawrence pula di tempat ketiga dengan RM103 juta.

Juga termasuk dalam Top 5 paling tinggi pendapatan adalah Mellisa McCarthy dengan RM77 juta manakala Mila Kunis meraih RM66 juta.

Lapor Forbes, kebanyakan wangnya datang daripada hasil kejayaan La La Land. Filem itu sendiri mengutip keuntungan kasar RM2 bilion di seluruh dunia.

Lebih manis, filem itu juga memberikan banyak anugerah buat Emma di pelbagai acara berprestij termasuk dinobatkan sebagai Aktres Terbaik pada Anugerah Academy tahun ini.

Meskipun kewujudan carta sebegitu seakan-akan memperliha­tkan persaingan sesama artis, Emma nyata tidak merasa sedemikian. Hakikatnya, dia dan Jennifer Lawrence adalah rakan karib.

Pada satu temu bual sebelum ini, dia pernah mengatakan betapa mereka berdua saling mengambil berat sesama sendiri. Mereka rapat bukan sekadar sebagai rakan pelakon semata-mata.

“Saya sokong sepenuhnya kerjaya dia, begitu juga sokonganny­a terhadap saya. Andai kami tidak melakukan kerjaya yang sama sekalipun, saya tahu kami pasti tetap akan jadi sahabat baik,” katanya.

 ??  ?? EMMA rampas takhta Jennifer Lawrence.
EMMA rampas takhta Jennifer Lawrence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia