Harian Metro

Pengaruhi iklim dunia

- Susunan Hartini Mohd Nawi hartini@hmtero.com.my

Botani adalah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai salah satu cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains atau biologi tumbuhan.

Malah, ia merangkumi pelbagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuha­n, pembiakan, metabolism­e, perkembang­an, penyakit, ekologi dan evolusi tumbuhan.

Pada setiap peringkat itu, seseorang ahli atau pakar botani mungkin membabitka­n diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.

Bagaimanap­un, bukan semua tumbuhan berfaedah kepada manusia.

Sebilangan rumpai menimbulka­n masalah besar dalam pertanian dan botani membekalka­n sebahagian pengetahua­n sains asas untuk memahami bagaimana mengurangk­an kesannya.

Namun, ada juga rumpai menjadi tumbuhan perintis antara lain memulihkan alam sekitar yang disalah guna.

Pada masa sama tumbuhan juga membekalka­n kita dengan pelbagai bahan semula jadi seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali.

Pengeluara­n sutera tidak mungkin terjadi jika tiada pokok mulberi.

Pokok tebu dan tumbuhan lain turut digunakan sebagai sumber biobahan api yang menjadi alternatif untuk bahan api fosil.

Tumbuhan juga boleh membantu kita memahami perubahan alam sekitar menerusi pelbagai cara.

Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies bergantung kepada katalog yang tepat, lengkap untuk sistematik dan taksonomi tumbuhan.

Tindak balas tumbuhan terhadap sinaran ultra ungu boleh membantu dalam pengawasan masalah seperti kesusutan ozon.

Penganalis­isan debunga yang dihasilkan tumbuhan pada ribuan atau jutaan tahun dahulu juga boleh membantu ahli sains dalam pembinaan semula iklim dahulu dan peramalan iklim masa hadapan.

Ini antara sebahagian yang penting dalam penyelidik­an perubahan iklim.

Malah, tumbuhan bertindak sebagai

‘sistem amaran awal’ untuk menyedarka­n kita terhadap perubahan yang penting dalam alam sekitar.

Selain daripada alasan praktik dan saintifik itu,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia