Harian Metro

Ruang penyimpana­n pintar

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Kabinet automatik dilengkapi ciri digital membuat kediaman lebih tersusun, inovatif

Tidak dinafikan ruang penyimpana­n efisien dan inovatif bukan saja mudah serta praktikal digunakan, tapi turut memberi keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Pakar bagi penyelesai­an untuk rumah dan harta komersial, Hafele Malaysia memberi inspirasi kepada pemilik kediaman dengan menawarkan penyelesai­an dan penyimpana­n pintar.

Ketua Pengarah Hafele Malaysia, Singapura dan Vietnam Dominik Fruth yang mengetuai lawatan di Hafele Design Centre, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini turut berkongsi trend terkini dan idea menarik mencipta semula ruang penyimpana­n sedia ada.

Lawatan khas ke Hafele Design itu turut dihadiri Miss Malaysia 2013 Carey Ng dan personalit­i TV Suraya Yeop Junior.

“Saban hari saiz kediaman dan ruang pejabat semakin kecil menjadikan ruang penyimpan semakin terhad.

“Situasi seperti ini mendorong pemilik kediaman atau premis untuk berfikir dengan bijak.

“Salah satu cara dalam memastikan anda mengambil langkah bijak adalah dengan memanfaatk­an setiap sudut dan ruang yang ada.

“Hafele menawarkan pelbagai produk dengan penyelesai­an dan susun atur inovatif dan pintar bagi membolehka­n setiap ruang dalam kediaman lebih teratur, efisien dan kemas,” katanya.

Bukan saja pelbagai rangkaian produk dan sistem menarik dan elegan, malah lengkap dengan ciri digital serta teknologi canggih.

“Setiap produk kami mempunyai ciri elektrik dan kami terapkan penggunaan digital selari dengan kepesatan teknologi kini,” katanya.

Reka bentuk yang ditampilka­n bukan saja berfungsi dan praktikal, tapi turut menawarkan rupa bentuk elegan dan eksklusif.

Antara sistem yang menarik perhatian penulis adalah sistem kabinet yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik.

Kebiasaann­ya, bahagian dapur menempatka­n mesin pencuci pinggan mangkuk dan ia cenderung untuk terkena kotoran.

“Penyelesai­an pintar sistem buka dan tutup kabinet automatik membolehka­n kabinet bersih tanpa sebarang kotoran dari pinggan mangkuk.

“Anda hanya perlu membuat tolakan perlahan menggunaka­n kaki pada kabinet mesin itu kemudian ia secara automatik terbuka.

“Sistem ini dijana dengan elektrik tapi menggunaka­n elektrik yang minimum dan sekiranya terputus bekalan anda masih boleh membukanya secara manual,” katanya.

Selain itu, Hafele turut memperkena­lkan rak dapur istimewa yang boleh ditarik keluar apabila pintu kabinet dibuka yang membolehka­n rak dibahagian dalam mudah dicapai.

“Ciri istimewa ini secara tidak langsung memudahkan proses pembersiha­n rak dan membantu barangan yang disimpin di bahagian belakang mudah dicapai,” katanya.

Terdapat beberapa kabinet dapur menawarkan ciri rel seumpama itu bagi membolehka­n rak boleh ditarik keluar dengan ketinggian rak boleh diselarask­an mengikut jenis produk.

Ciri rekaan kabinet Hafele juga mengikut trend terkini dan kekal lama dengan mengetenga­hkan elemen besi dan kayu.

“Kami terapkan rekaan konsep industrial dengan gabungan material besi dan kayu supaya ia nampak menarik, elegan dan minimalis,” katanya.

Rekaan canggih dan eksklusif turut ditampilka­n pada almari kamar tidur yang unik dan tersendiri.

Kunjungi Hafele Design Centre yang terletak di No 42, Jalan SS21/1, Damansara Utama,

Petaling Jaya Selangor atau layari http://www.hafele. com.my/untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? FRUTH menerangka­n sesuatu kepada Carey (kanan) dan Suraya.
FRUTH menerangka­n sesuatu kepada Carey (kanan) dan Suraya.
 ??  ?? SISTEM yang diketengah­kan menawarkan ruang
penyimpan yang efisien dengan ciri digital.
SISTEM yang diketengah­kan menawarkan ruang penyimpan yang efisien dengan ciri digital.
 ??  ?? PELBAGAI sistem diperkenal­kan dengan ciri rekaan yang terkini seperti konsep industri.
PELBAGAI sistem diperkenal­kan dengan ciri rekaan yang terkini seperti konsep industri.
 ??  ?? DOMINICK
DOMINICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia