Harian Metro

Taman kecil tampak luas

-

Dengan sedikit idea, kreativiti laman sempit kelihatan menarik

1. Fokuskan kepada pintu masuk laman

Hiaskan pintu masuk ke laman anda dengan pokok berbunga dan renek dalam pasu yang menarik.

Susun secara kreatif supaya ia mampu menarik perhatian sesiapa saja yang berkunjung ke taman anda itu.

Secara tidak langsung ia mengurangk­an fokus pada saiz taman anda.

2. Samarkan hujung sempadan laman

Tempatkan pelbagai tanaman hijau pada bahagian itu yang memperliha­tkan visual landskap semula jadi.

Sudah tentu saiz laman kecil dapat diatas pandangann­ya.

3. Gunakan pasu/bekas/ rak bertingkat

Ruang balkoni umpamanya, kaedah ini antara yang dicadangka­n.

Selain menjimatka­n ruang anda boleh pelbagaika­n tanaman dan menguji kreativiti tanpa memerlukan banyak ruang.

Pastikan bekas di bahagian bawah lebih besar dari yang atas.

Apatah lagi taman yang sempit memudahkan penjagaan dan penyelengg­araan.

4. Taman praktikal

Biar apa pun pilihan anda, pastikan idea taman itu lebih praktikal.

Tidak perlu meletakkan terlalu banyak tanaman hingga suasana menjadi padat atau sarat.

Dalam apa jua keadaan, keselesaan perlu menjadi keutamaan.

 ??  ?? TEMPATKAN tanaman yang sesuai.
TEMPATKAN tanaman yang sesuai.
 ??  ?? TANAMAN berbunga mempunyai tarikan luar biasa.
TANAMAN berbunga mempunyai tarikan luar biasa.
 ??  ?? SUSUN atur tanaman juga perlu disesuaika­n dengan keadaan ruang.
SUSUN atur tanaman juga perlu disesuaika­n dengan keadaan ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia